Thursday, December 10, 2015

Me

ASSALAMUALAIKUM
HI AND HELLO

Humans are not perfect. We have our own weakness. Macam aku pun sah-sah la ada kelemahan sebabnya aku kan manusia. Entry ni tak dak aku type dengan juraian air mata, tapi bertakung jugak la. haha. Macam lawak ja ayat aku tu kan. Entah apa-apa.

Aku bukan nak jaja satu dunia aku punya weakness, tapi cara aku nak luah perasaan dengan tulisan. Baru lega apa yang terbuku di hati. Jarang sangat aku luahkan perasaan dengan berakata-kata, ataupun luahankan perasaan kat telinga yang sudi mendengar. Jarang weyh jarang. Kecuali kalau dah tahap maximum sangat-sangat aku punya kecelaruan otak tu, memang aku akan heret orang yang amat dipercayai untuk dengar masalah aku tu. Even dengar pun dah cukup untuk aku. 

Macam aku, kelemahan aku, aku sendiri tak dapat pastikan. Ada certain benda yang aku buat aku rasa benda tu kelemahan untuk aku. Contohnya, bila aku jauh dengan parents aku or parents aku jauh dengan aku, aku akan menangis, Tak kisahlah diorang pergi mana-mana yang jauh ke dalam tempoh yang tak lama pun, maybe dalam dua tiga hari macam tu, still aku akan nangis jugak. Walaupun susah payah aku tahan. Jangan tanya macam mana aku survive kat university. First month tu aku rasa hampir tiap hari gak aku nangis. Tapi lepas-lepas tu aku dah okay balik.

Second, aku selalu berlagak aku kuat. Yang tu aku rasa my biggest weakness. Aku ni nampak kasar, nampak tough, nampak relax tapi hakikatnya aku sangat-sangat fragile. Sangat. Hati aku lembut. Aku sembunyikan lembutnya hati aku disebalik perwakatan kasar, slamber, relax. Sebabnya, hati yang lembut kalau terluka, sangat sangat sakit. 

Third, aku pandai bagi nasihat kat orang tapi diri sendiri serabut. A few kawan aku rajin gak la cari aku bila ada problem. Masa tu aku dah macam pakar kaunseling bagi nasihat itu ini untuk dia solve dia punya problem. But then, when I have a problem, aku dah la jenis pendam tak kan cerita kat orang, masa tu aku serabut gila dan tak pandai nasihat diri sendiri. Aku ni jenis yang susah nak cerita problem aku kat orang lain. Apa yang aku tau buat pendam, pendam dan pendam, Sampai hati sendiri sakit. Aku akan berlagak cool. Orang ingat aku ni relax ja, tak dak proble besaq-besaq tapi hakikatnya kepala otak aku dah tunggang langgang dah pikiaq itu ini.

Tau tak, ada a few benda yang susah tapi aku still buat walau apa cara sekalipun.

First, smile when my heart cries. Susah dan sakit. Nak tipu diri sendiri dan orang lain. Even fake tapi worth it.

Second, tahan empangan air mata daripada pecah. Susah gila dan aku jarang berjaya. 

Third, act like nothing happen sedangkan aku ada problem maha besar. Yang ni aku pandai sangat-sangat. Haha. Cakap tak risau, cakap tak kisah, cakap tak tau sedangkan tu semua auta. Tapi niat aku cuma satu. Tak mau risaukan orang yang bertanya. 

MAAF ANDAI AKU TAK JUJUR.
MAAF...

Thursday, October 15, 2015

Cuti Semester

ASSALAMUALAIKUM
HI AND HELLO

My final exam was over a week ago. I'm sorry but I didn't had much time to update an entry but now I do. Here I am. Sitting on a chair in front of the computer in my home. Yes. In my home. I've been home since Friday night. My parents pick me up at IIUM. 

Don't ask me about my final. I hate to hear the word final examination. It's not that I don't have much time to study, I did had time but you know with all the thing that I had to do. What kind of excuse is that. Yeah, whatever. You know what, my carry mark is seriously freaking low. It's my mistake actually. Maybe because I'm not used to that carry mark things, then I took it lightly and booomm, I regretted. Now, I can put all my regrets into the dustbin because it's no use because IT'S TO LATE!! My bad. My mistake.

All I can do now is pray. Believe in Allah. Tawakkal. That's all I can do now. I'm not hoping that my mark will change into something that is unbelievable, something that is woww, it's the highest or four flat or something. I only hope that I will pass in all the subject and I don't have to repeat it again. But if I have to, I accept it with an open heart as long as I still can be an engineering student next semester. They said, that if you got below 2.0 for engineering you have to change the course I think. I don't wanna change the course. I love engineering. I love IIUM. I wanna move to Gambang next semester. Please do.

Believe in Allah's will and everything gonna be fine. Tawakkal and reda. There could be beauty in tragedy anyway so whatever it is I have to accept. Maybe there's something wonderful for me in the future. Who knows. InShaaAllah. Pray for me..  :D

Wednesday, September 16, 2015

Life Kat University

ASSALAMUALAIKUM
HI AND HELLO

Bila dah masuk university ni, walaupun baru peringkat asasi aku still dah bawak nama International Islamic University Malaysia which also know as Universiti Islam Antarabangsa. Dan disebabkan itu jugak boleh keluar persoalan, best tak life kat university?

Best tak?
What I can say is, yes. Life kat universiti ni memang best cumanya apa yang tak best kena berjauhan dengan keluarga. Tu satu, satu lagi jadi tak best bila duit tak ada. Nak survive macam mana haa. Susah. Nak mintak kat parents memang tak sampai hati. Bila depa tanya ada lagi tak duit, terpaksa cakap ada lagi sebabnya tak nak susahkan lagi. Even kalau cakap duit cukup-cukup pun depa akan tambahkan, apatah lagi bila cakap tak ada duit. Pandai-pandai la survive. Apatah lagi aku yang duduk kat Petaling Jaya ni ha, Duit mencurah-curah keluar macam air. Duduk dalam campus pun banyak yang keluar, apatah lagi kalau keluar hujung minggu, memang dah macam air terjun laa duit tuu keluar.

Kena survive sendiri.
Kat sini tak ada sapa yang nak care about you 24/7. Tak dak sapa yang nak tanya hang dah makan ke belum, or sihat atau tak macam zaman sekolah dolu-dolu. Macam aku ni haa yang asyik sakit ja, dulu kat sekolah selalu jugak bila selihih dengan cikgu, cikgu akan tanya sihat ke tak, dah makan ka belum. Kat sini, no one yang akan care about you. Even kawan (accept kawan yang betul-betul care) itu pun tak boleh ak mengharapkan segalanya kat dia laa. Nak pergi perjumpaan sendiri, kelas sendiri. Kalau ajak teman pun kadang-kadang tak boleh sebab busy. Dia pun ada hal lain so kena pandai-pandai hidup sendiri, makan sorang, belajar berdikari.

Bagi aku la kan, life kat sini isn't about study 24/7. Hang kena participate jugak dalam club or sukan or apa-apa society. Jangan pulak jadi student 3K. Kelas, kafe katil. Itu yang dimaksudkan dengan tiga K. Tapi kalau istilah aku dah jadi 4K. Sebabnya kelas, kafe, katil, korea. Haha. Almaklumlah kpopers memang macam ni.

Yang penting, jangan culture shock. Payah oii. Ingat tak dak ka kat sini yang culture shock. Jangan ingat ini IIUM tak ada culture shock yaa. Apa yang aku suka kat sini bila kau speaking tak dak sapa yang nak cakap hang poyo, bajet or seangkatan dengannya, Bila masuk kaa sini, korang akan nampak signboard yang tulis "This is english sepaking campus, Please speak english".So, kat sini tak ada sapa yang ada hak cakap hang poyo, bajet sebabnya rules untuk cakap english. Kat sini aku qasa main language dia english. Bahasa melayu dah jadi second language. Kalau universiti lain aku tak tau la pulak. aku tau IIUM ja dah aku jadi student sini.

Yang tu saja syarahan aku paga pagi yang buta ini. See yaa in the next entry.

Tuesday, July 28, 2015

Cerita Hati 1

ASSALAMUALAIKUM

HI AND HELLO

I've only one morning class for today. Actually at this time I have english class but it was canceled because Madam are not feeling very well. I have nothing to do and a little bit of free time so why not I update my blog. Why I'm talking in english today? Well.....

I don't know the main title, what I'm gonna type but I think I wanna tell you about my life in campus. It's not really my life in campus, it is about what happen to me for the past few weeks. There are some terrible horrible things happened. Yeah, not really terrible. I have fainted three times in a month. The first one in my room, second in front of the CFS and third which is a little bit dramatic when I wanna go to the class. Actually, I fainted near the boys' hostel. Terrible right. Hmm. What can I do. Luckily, I have my friends. They help me a lot.

After raya, I think I'm better but I have a few appointment with doctor. There are a few things that I can't do. I can't stress, I can't stay in a crowded place, I can't get exhausted. All can I do is stay in my room, open then books but no. Heyy, it can make me stress. The books. 

Sometimes I think is it the right choice for me to choose engineering? I really do in love with physic, math and chemistry but I don't know. I want to be an aircraft engineer but in here there's no aviation. I didn't get MIAT. So i decided to take automotive. They said that engineering is hard. I'm so slow in physic. Math too. There are a few things that I don't really understand. What should I do???? Read the books a few times. Arghh...why I'm so lazy. I have to try. Please....pray for me. 

I have class after this, so bye. I will update more next time.


Sunday, July 12, 2015

Here I Am.

ASSALAMUALAIKUM

HI AND HELLO

Dah sebulan lebih dah aku bertapa kat sini kan. Dan dah sebulan lebih lah aku tak sentuh pun blog ni. Tak sempat la. Sekarang ni baru ada masa nak update entry. Sebabnya lagi berapa hari dah nak cuti raya. So kelas pun dah tak ade. Bosan dalam bilik on laptop, update blog and lepas tu dah tau nak buat apa.

And by the way, aku dah rasa betapa azabnya life universiti bila tak ada duit. Like me now. Elaun belum masuk, duit dah nak habis. Memang miskin tahap giga lah. But it's okay sebab lagi berapa hari ja lagi nak balik kampung kan but still not okay. How i'm gonna survive? 

Aku dah rasa life universiti. Best tu memang best. Tapi busynya Ya Rabbi, only God knows. Tak terkejar aku. Tambahan pulak aku dapat yang setahun setengah, memang agak busy la compared to yang dapat dua tahun kan. Sebabnya aku ada language. Kena ambil english and arabic. Iye la, aku ni bukannya terrer tahan giga nak examted dua bahasa tu kan. Bersyukur dengan apa yang aku dapat. Aku enjoy ja dalam kelas english and arabic. 

For core subject yang aku ambil for this semester which are, physic, ict and mathematic for foundation. Ada lagi yang aku kena ambil for next sem like chemistry and practical physic. Ahh, nampak macam sikit tapi actually banyak. For me. Buku physic dah la tebal giler, Plus chemistry, sama tebal je macam physic.

Life university ni banyak pakai duit pada awalnya. Tambah aku pulak spesis perut kecik tapi makan banyak, memang banyak giler duit habis kat makanan. Awal sem kan nak kena beli buku, stationaries la, itu ini. Memang banyak pakai duit. Memang kena pandai menyimpan lah. Kalau tak, end up jadi macam aku. Pokai dan kering kontang.

Homesick tak payah cakap. Sebulan lebih aku duduk sini still tak hilang lagi. Rindu la ibu masak. Rindu nak gaduh dengan adik-adik. And you know what, slang aku dah tukar. Poyo ah. Cakap KL dengan orang lain. But accent Kedah tu tak hilang ma. Still di hati. Cuma kadang-kadang aku cakap banyak yang tak faham. Roommate aku pun kebanyakkan orang selatan. Utara hanya aku dan Nad. Dapat pulak roommate yang gila-gila.

Overall, life university ni memang best tapi kena pandai manange masa sebab life sini memang jauh beza dengan sekolah. Dulu sekolah ada orang nak bebel suruh study. Kat sini kau nak study ke, kau tak nak study ke, lantak kau lah nak buat apa pun. Kalau tak takkan lah aku boleh update blog ni kan? Hehe, tak de lah, Joke. Ni sebab ada masa lapang banyak sangat. I can't wait to go home.


Sunday, May 17, 2015

International Islamic University Malaysia

ASSALAMUALAIKUM
HI AND HELLO

Whatsupp peeps..uu..
Alhamdulillah. Hari tu aku cek upu. Bebai gak laa sebab slow but then aku bersyukur gila sebab aku dapat tawaran ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Asasi Kejuruteraan kat Petaling Jaya, Selangor.

Actually, aku tak terfikir pun akan dapat UIAM. Yes memang yang first choice aku dalam isi UPU tapi dengan result aku hat tak seberapa ni, seriously aku tak terfikir langsung akan dapat UIAM. Alhamdulillah aku dapat. Tak terkata apa. Ibu aku pun syok la. Almaklumlah, ibu aku pun ex student UIA tapi course law la. Bukannya Engin.

So, memang aku dah decide nak masuk UIAM. Borang pun dah isi cuma barang ja tak beli lagi. Sempat in sha Allah. Aku punya pendaftaran pun 30 May nanti. Tak lambat dah pun. Sabtu minggu depan ja lagi. Lepas ni aku dah tak boleh main-main lagi. Kena study hard. Sebab course aku amek ni memang boleh tahan.

Takat tu jaa kut kali ni. nanti aku akan update lagi. Daaa..

Wednesday, April 22, 2015

Interview UniKL MIAT

ASSALAMUALAIKUM
HI AND HELLO

Hari tu kan aku ada interview untuk UniKL MIAT masa 20 April hari tu. Aku pergi even kat Sepang. Bertolak hari Ahad petang. Ayah aku drive. Even penat baru balik kerja time tu, tapi demi anak depa hat sorang ni, mak ayah aku gagahkan jugak drive dari Kedah ke Sepang. Jauh la. Dah la tu, malam pulak tu. Jasa parents yang takkan aku pernah lupa. Dan juga sebagai semangat aku untuk teruskan belajar. Sebagai kekuatan juga bila aku hampir putus asa untuk bangun balik dari kegagalan.

Sampai kat MIAT tu dalam pukul 7.30 pg macam tu. Makan kat cafe dia dulu apa semua. Bajet macam aku diantara orang yang paling awal la kan. Tapi tengok-tengok banyak dah orang yang sampai dulu dari aku. It's okay. Aku beratur, isi borang. Masa berbaris tu rasa macam sesak nafas pun ada sebab depan belakang aku lelaki. Almaklumlah, student maahad. Habis isi, aku terus naik ke library sebab ada IQ test. Alhamdulillah aku boleh jawab semua soalan walaupun ada yang hentam. 

Habis IQ test, ada sesi interview pulak. Aku dapat nombor 23. Sambil duk tunggu nak masuk tu, ketaq jugak la kaki tangan. Punya la duk rewind macam-macam pasai aircraft sebab takut lupa. Then, nombor aku dipanggil jugak. Depa panggil masuk dua orang sekali gus. Kiqanya aku kena interview dengan sorang budak ni nombor 24. Kira okay la bukan aku sorang. Masuk ja dalam bilik tu hilang terus semua nervous aku. 

Nak pulak interviewer tu sporting ja. Mula-mula aku ingat depa macam tak senyum, muka tegang. But then, memang fikiran aku meleset jauh. Sporting ja Encik dan Puan itu. Ada a few question yang ditanya kat kami berdua. First masuk, macam biasa la..tell me about yourself. Then lepas tu ada la soalan-soalan yang berkaitan dengan minat. Tersekat-sekat gak la aku jawab.

Time interview tu baru aku tau beza manufacturing and repairing. Habis tak tau jawab aku cakap la aku nak jadi one of the engineer kat Boieng. So kalau nak jadi engineer kat boeing, tak boleh la amek course tu. Course tu macam more on repairing the airplane. Aku yang silap ha. Memang aku nak pun course tu. Aku tau course tu repairing tapi yang aku sebut pasal boeing tu la silap. Aku ingat sama ja. Hehe. Tu la tak buat research dulu. Aku hanya tau part of the airplane ja. Jenis airplane. Hattu ja. Tapi tak pa, at least dapat ilmu sedikit sebanyak.

Habis interview, aku pi melawat hangar depa. Ya Allah. Bestnya. Macam tak mau keluaq. Haha.*over. Ada rezeki aku, ada la kat MIAT nanti. In sha Allah. :D

Thursday, April 16, 2015

Culture Shock?? ehh..bukan

ASSALAMUALAIKUM
HI AND HELLO

Culture shock. Bahaya sebenarnya. Contoh,pergi study oversea bertudung, berstokin semua perfect. Balik mai Malaysia, rambut karat, skirt singkat, baju sendat. Itu namanya culture shock. Payah jugak kan kalau study jauh ni. Ada pegangan agama pun kekadang goyah jugak kalau iman tu ciput ja.

Aku dulu masa sekolah rendah, kawan ja dengan budak lelaki. Then bila masuk Maahad, suasana lain. Kelas asing. Jumpak budak putera pun seminggu sekali, tu pun masa perhimpunan ja. Masuk form four, aliran sains kelas aku campur. Masa tu okay lagi but then kena buat presentation depan kelas. Oh My God. Qasa macam nak sembam muka kat whiteboard ja. Malu oi. Tapi bila dah lama-lama tu aku semakin okay dan dapat membiasakan diri. Cumanya bila nak cakap dengan budak putera tu qasa mcama suara tu tak keluar. haha. Overnya aku ni.

Bila form five, aku pegang jawatan deputy president kelab fotografi. Presidentnya lelaki. Mau tak mau aku tak boleh lari dari kenyataan yang aku kena berhubung dengan namanya lelaki. Tapi kiqa okay aku ada kawan-kawan yang tolong. Tambah pulak aku jadi timbalan pengarah untuk lawatan kelas yang tak jadi tu. Tapi masa tu, bila cakap dengan budak putera suara aku dah okay. Keluar dengan lancarnya.

Apa yang aku nak cakap kat sini adalah, kelas campur tu yang mengurangkan fobia malu aku terhadap namanya lelaki. Bagi aku la kan, bukannya nak buat apa pun sampai malu tahap gila. Urusan kerja ja pun. Payahnya aku dulu. Apa-apa pun yakin kepada diri sendiri, anda akan berjaya.

P/s : aku bosan.

Wednesday, April 15, 2015

Marikulasi

ASSALAMUALAIKUM
HI AND HELLO

Baru-baru ni tawaran matrikulasiada keluar kan. I'm really surprised. Aku dapat Kolej Mara Kulim. Dekat memang dekat. Mulanya memang aku doa bagi dapat situ instead of Kolej Matrikulasi Kedah sebab dekat dengan family. Even Kulim tapi still Kedah. Mulanya macam tu la sebab masa tu aku belum lagi jatuh hati kat UniKL MIAT. Permohonan matriks kan awai. Sebelum SPM lagi. Bila dahcek tu, dapat tawaran situ mula la rasa 

"Eh, aku nak pi mana satu."

Bila fikir balik MIAT belum tentu aku dapat. But no negative thought. InsyaAllah. Setelah fikir dua tiga kali. Terfikirlah aku satu cara, agak nanti aku tak dapat MIAT baru fikir lain. Kalau dapat MIAT without doubt aku akan pi sana la. Mengejar cita-cita sebagai Aircraft Engineer. Even MIAT tu macam jauh. Alah. Tak dak la jauh mana pun. Dalam Malaysia jugak kan.

Aku bukannya apa. Biasa la manja sikit. He he. Payah la nak pi jauh ni. Almaklum la aku ni mana pernah duk asrama. Paling lama aku keluar rumah pun sebab pi camp peringkat kebangsaan. Seminggu. Lahai. Boleh tahan seksa jugak la. Semalam aku ada sembang dengan adik aku yang umur 7 tahun. Sembang punya sembang, tetiba dia cakap 

"Nanti kalau kakak nak kawin, kena kawin dengan orang Kedah sahaja. Luaq Kedah tidak dibenarkan."

Aku tanya kenapa. Dia jawab nanti susah nak balik rumah. Aku gelak ja then cakap "Adeeb la tolong pilihkan." dengan slumbernya.

"Boleh ja. Kalau Adeeb, Adeeb nak ________."

Nganga ja aku. Memandai sungguh dia sebut nama tu. Saya tiada apa-apa kaitan dengan nama yang di tempat kosong itu. Hanya bahan ejekan di rumah dan di sekolah. Budak tu pun belum tentu kenai aku. Eh, tapi aku kan agak popular kat sekolah. Kenai la kut kan. *perasan ya amat. 

Tapi kalau tanya aku, aku suka sapa. Aku jawab jujur ja, Aku suka Kwang Min. Kenal??

Inilah Jo Kwang Min
Yang ni baru aku suka. Comel plus hensem.*angkat kening sebelah. Tak payah la nak gosipkan aku dengan senior2 atau sapa-sapa yang sama batch. Aku hanya suka Kwang Min sahaja.

Okay. Aku dah tau melalut sangat. Lari tajuk gila. Salah aku. Mohon diampunkan. Asif jiddan. Hanya untuk bahan gurau senda.



Monday, April 13, 2015

Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT)

ASSALAMUALAIKUM
HI AND HELLO

Setelah ditunggu-tunggu, waktunya kunjung tiba juga apabila beberapa permohonan aku untuk ke universiti dapat. Ye la kan. Result SPM aku tak gempak mana pun nak compare dengan orang lain. Tapi Alhamdulillah apa yang aku mintak dapat.

Setakat ni, hari tu aku dapat offer dari UNITEN. Aku ditawarkan untuk meneruskan pengajian dalam Foundation in Electrical and Electronic Engineering yang bertempat di Putrajaya. Tapi bukan benda tu yang aku nak bicarakan dalam entry kali ni. Kalau tengok kat post tittle tu maybe ada yang tau, and mungkin ada yang tak tau.

MIAT ni dia ada kaitan dengan kapal terbang, heli semua tu. Nama pun Institute of Aviation. Masa bulan March hari tu aku ada isi UniKL. Dia bagi tiga ruang, aku apply tiga course. So dapat la aku hari tu tawaran interview untuk course Diploma of Engineering Technology in Aeroplane Maintenance. Interview 20 April minggu depan dekat UniKL MIAT, Dengkil. Area Sepang tak salah aku. 

Aku takkan rasa rugi kalau dapat course ni even diploma sebab aku memang minat. Minat tu datang entah bila. Dulu aku minat bab-bab macam automotif. Since my mum ada sebut pasai aviation ni then aku buat research sikit, so jatuh cinta lah aku dengan aeroplane. Aku memang tekad nak jugak course ni. Time interview aku akan buat sehabis mungkin. Macam krik krik sikit la bila ada Puan tu cakap kalau nak masuk ni kena tough. Sebab course ni majority lelaki. Nisbah 10 lelaki 1 perempuan. Tapi akan aku usahakan juga sampai cita-cita aku tercapai. Ada rezeki aku kat UniKL MIAT, ada laa aku kat situ July nanti. InsyaAllah.

Yang aku tau bestnya UniKL ni, depa tawarkan diploma dengan licence. So kira untung la. Kalau nak apa apa info sila pergi SINI ya. Laman web rasmi UniKL MIAT.
Apa-apa pun doakan aku supaya nanti aku tak gugup. Harap semuanya okay. 

Wednesday, March 4, 2015

Result SPM

Hi and hello..

Yesterday was 3rd March and it's a big day of course. Macam yang lain semua tahu, result SPM iaitu exam yang penting dalam hidup kat dunia yang sementara ni baru ja keluar kemarin dan aku adalah salah seorang calonnya. Memandangkan hari tu kononya aku akan tinggalkan blue tick ja kalau orang lain tanya about my result, aku tak buat pun macam tu, Tak sampai hati. Macam kurang adab je.

Result aku tak ada laa gempak pun. Tak dapat 11A pun macam yang selalu aku impikan tu. 10A 1B pun tidak. Ada laa aku kutip A tu. Cukup la nak teruskan hidup. Harapan nak teruskan bidang engineering tu ada lagi. Cumanya aku frust sikit kat English. Kalau la time exam hari tu aku baca soalan dengan teliti mesti aku tak salah buat karangan. Essay aku lari tajuk. And because of that aku dapat B+ ja. Frust gak la sebab exam sebelum ni pun aku dapat A. Even bukan A+. Percubaan pun A. Kesalahan yang aku tak pernah buat seumur hidup aku tulis essay, tetiba aku buat dalam SPM. But everything happens for a reason. Ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Allah tu sebaik-sebaik perancang.

Yang satu subject ni memang terkejut jugak la. Chemistry. Percubaan hari tu aku dapat D. Dalam SPM aku dapat A-. Alhamdulillah. Sebabnya aku shocked, masa form 4 aku belajaq chemistry, hanya dua tiga bab ja aku faham. Macam bab 3 which is yang penting aku memang tak belajaq langsung sebabnya masa sir ajaq dalam kelas, aku dok sibuk usung camera. Aku kena bertugas untuk photoshoot kelas dan persatuan. Dulu memang aku sakit hati dengan Chemistry sebab aku tak faham. Masuk form five aku ambik tusyen, aku dah mula qajin sikit, aku mula minat Chemistry. Alhamdulillah. Semuanya okay.

Aku sayang sangat dengan ibu aku. Even result aku tak segempak anak kawan2 dia tapi still senyum dengan result aku. Masih lagi bangga dan ibu tak compare pun result aku dengan sapa-sapa. Ibu macam aku gak, agak frust dekat english. My mum is an english teacher so........tapi ibu faham. Masa dalam dewan mcm surprised jugak la sebab tiba-tiba nampak ibu duk kat pintu dewan. Ingatkan ibu dah tak pi. Mula-mula tu takut jugak nak tunjuk result tapi semuanya okay. berjalan dengan lancar. Alhamdulillah.

Apa-apa pun aku bersyukur dengan ketentuan Allah. Kalau Allah tak bagi apa yang kita nak, bukan maksudnya Allah benci. Sebaliknya Allah dah rancang sesuatu yang lebih baik untuk kita. Dia maha mengetahui. Setiap apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Rezeki ada kat mana-mana. Bumi Allah ni luas. Selagi kita di paksi yang betul, InsyaAllah everything gonna be fine.

Syukran jazilan kepada ibu dengan ayah sebab sudi teman pi sekolah. Sebab tak marah. Sebab selalu bangga dengan anak sulung depa yang ketegaq ni even tak pandai mana. Love you till jannah.

Terima kasih kepada semua cikgu-cikgu yang bertugkus lumus mengajar, mendidik dan mendoakan saya semasa saya ada di, SK Mergong dan juga Maktab Mahmud Alor Setar. Jasamu takkan ku lupa.

Terima kasih jugak kepada kawan-kawan, Ku'ah, Nana, Eichah, Syerah, Syah, Thas, Yana, Nadirah, yang tak lepas mendoakan aku agar berjaya dalam hidup. Perjuangan kita baru ja bermula. SPM bukan penamat tapi sebaliknya baru permulaan. We can do it. Sayang hangpa sampai syurga.

La tahzan, innallahama'ana....














Sunday, February 8, 2015

Waiting For The Result

As you all know, I am waiting for my SPM result which will be announced on this March. As a human being I do feel nervous. Really. I hope I can get flying colours in my result because I really want to further my study oversea like I always dream. But then when I think again I don't know whether I can get what I want. Just look at my biology. Oh my god. Paper three section B. I'm already surrendered at that time. Then, my English. A mistake that I've never done before in my whole life and I did it in my paper 1 section B essay. When I walked out from the exam hall, my friend ask me which question did I answers. After that when I read again that question then I realise that I had made the biggest mistake. The question ask about fisherman or something but I wrote about something else that didn't related at all to the question. The only thing that I can do at that time is crying. I didn't care all the student stared me. I feel so stupid until today. How can I be so careless.



Last few days, I filled out the UPU. My first choice of course is Engineering, sec is architecture and third is Science which at first I wanted to choose law. But my dad didn't let me. It's okay. I didn't really know how to talk actually. Besides I love Science but I don't think I can go on with Medic. I really really don't wanna be a doctor. I don't know why i don't really have an interest in Medic. I have haemophobia but that can't be an excuse. I think all my choices are okay but I don't know what will happen in the future. My result. I don't how to face everyone especially my parents if my result are terrible. I just can't finish thinking. What should I do????



Wednesday, February 4, 2015

Cartoon

ASSALAMUALAKIKUM
HI AND HELLO

Sekarang kan aku dan tak sekolah so selalu la sangat duduk rumah.  Bila kat rumah aku tak tau nak buat apa aku akan bukak tv. Bila ada kartun ja aku layan la.  Tertanya-tanya jugak la.  Umur yang macam aku ni tak boleh tengok kartunkah??? 

Rasanya tak salah pun.  Sebabnya kartun tu kan tak ada had umur.  Memang la kartun tu jalan cerita dia plot dia semuanya untuk budak-budak dan kebudak-budakan tapi kadang-kadang disebalik tu ada pengajaran yang boleh dapat. 

Contohnya Barbie. Aku layan barbie since I was 5 seingat aku.  And it makes me really wanna be a princess.  Dulu laa.  Sekarang aku boleh fikir logic.  I likes fairytail too.  Cinderella,  snow white,  sleeping beauty,  etc.  Dulukan selalu berangan if only I met the prince charming.  Haha.  Tu dulu.  Zaman mana aku ingat there's a prince charming like in the fairytail.  Zaman aku ingat magic was true.

What i want to say is when u see your friend or your sister watch cartoon don't disturb them.  What i'm saying.  Aku rasa aku dah melalut sakan. Huh.  whatever. 

Monday, February 2, 2015

Happy Birthday Ayah



Okay.. Haqi ni 2 February 2015.
Maknanya hari ni birthday ayah so


HAPPY BIRTHDAY AYAH.
SEMOGA PANJANG UNUR DAN DIMURAHKAN REZEKI
MAY ALLAH BLESS U ALWAYS
LOVE U...

Wednesday, January 28, 2015

Maahad

Hi and hello..

Semalam masa tengah tawaf satu rumah dari ruang tamu ke dapur dari dapur ke ruang tamu then naik bilik turun ruang tamu balik pas tu pergi dapur then naik bilik balik rasa macam banyak je idea nak tulis entry untuk hari ni. Bila dan on PC sign in blog tetiba hilang melayang entah kemana ja idea tu. Alahai.

Di pagi yang hening ni aku nak type yang aku rindu gilagila dekat sekolah aku. Maktab Mahmud Alor Setar.Ye la kan sekarang nikan dah bergelar peganggur separuh masa. Lagi separuh kena jadi housegirl separuh masa. Haha. Okay tak lawak.

Lepas aku dapat result UPSR aku yang bagi aku memang flying colors tu aku happy gila la kan. Yang tu ja kut aku dapat staright As pun. Oleh kerana arahan ibunda menyeruhku ke Maktab Mahmud walau dengan paksaan aku relakan jugak meski hakikatnya hati aku tak mau. Sebabnya aku teringin sangat nak masuk MRSM. Dengan hati yang lara aku tak isi langsung satu borang pun ke MRSM ka SPB ka. Takdir tuhan aku dapat masuk MMAS. Bayangkanlah aku yang tak dak pegangan bahasa arab langsung waktu tu. Yang aku tau Assalamualaikum, Syukran. Aku punya la heqan sebab masa aku buat ujian kemasukan ke Maktab Mahmud memang aku buat gitu-gitu je. Melepaskan batuk ditangga. Mogok punya pasai.

Masa masuk tingkatan satu aku qasa macam alien disitu. Aku suka sangat skip hari Ahad samapaikan guru kelas aku tanya. Haha. Masa tu kawan aku tak ramai cuma aku rapat dengan Roby. Masa tu aku baik sangat cuma aku selalu bawak novel pi skolah. Nak dijadikan cerita novel aku kena rampas. Bukan satu bukan dua tapi lima. Tapi Alhamdullilah aku dapat balik semua novel tu. Tu pun lepas masuk mengadap guru disiplin.

Masuk form two aku dah jadi nakal sikit. Tak jahat. Masa tu aku memberontak sebenarnya. Mana taknya masuk sekolah tu tanpa ada asas apa-apa then plus dengan geng yang super dengki masa tu. Semua benda aku angkut masuk kawasan sekolah. Benda terlarang. Laptop, novel. Semuanya aku seludup masuk tanpa permit. Tapi tak pernah kena tangkap. Hehe. Jahat gak aku time tu. Yang membuatkan aku insaf tak mau buat dah bila diary aku dibaca oleh pengawas. Tapi tu salah aku la memandai bawak merata. Actually diary tu aku nak buang. Tebal sangat. Aku tak kena sangat pun cuma effect dia besaq sebab sangkut paut dengan sorang senior ni. Sampai banyak jugak kawan-kawan seperjuangan dia cari aku. Tak pasai-pasai. Salah aku jugak pi kutuk dia dalam diari tu. Padan muka aku. Tapi taktau laa kalau cerita yang sampai kat dia terpusing 360 darjah kan, Dari benci jadi suka. Tolonglah. Okay i'm sorry about that. Masa tu tak fikir panjang dah. Masa tu jugak aku mula rapat dengan Thas dan Lyana dan masa tu aku berazam nak buat betul-betul dalam PMR nak keluaq dari sekolah tu.

Masuk form three aku dah jatuh hati sama itu sekolah. Maahad ada persekitaran yang sekolah lain tak dak. Bai'ah maahad lain. Suasana lain dari yang lain. Sebabnya Maahad tu bumi barakah. Yang dah banyak lahirkan para Ulama'. Masa form three jugak laa aku kena histeria kat sekolah. Start dari saat tu baru aku tau apa itu ukhuwah. Sayangnya aku dekat kawan-kawan aku dan sayangnya depa kt aku. Thas, Syera, Fatin. Masa time tu depa yang ada dengan aku. Tolong aku masa aku jadi. Angkat aku. Papah aku. Lepas tu baru la aku sedar yang aku dah buang banyak masa. Aku korbankan dua tahun aku macam tu ja. Ruginya aku denagn pemberontakan yang entahpapa tu.

Lepas dapat result 7A 2B. Aku terkejutzzz sangat sebab bahasa arab aku A. Dan yang B adalah KHB dan BM. Aku ingatkan result aku tu salah sebab dari form one markah bahasa arab aku yang paling rendah dalam kelas. Thanks to Ustazah Fatimah sebab ustazah yang banyak bukakan mata aku tentang bahasa arab. Sebab ustazah jugak aku dah mula minat bahasa arab. Tapi aku still minta sekolah lain. Aku mintak KISAS. Saja syok-syok tapi aku tak dapat. Aku biaqkan ja tak buat rayuan pun. Aku dah sayang maahad waktu tu,

Masa form four aku mula aktif dalam kelab Fotografi. Since form two aku dah active dalam KAPA. Masa tu memang bukan honeymoon year la sebab ada exam SMRAMM yang sekarang ni dipanggil SMAMM(sijil menenengah agama maktab mahmud). Tapi aku tak dapat mumtaz pun lega sebab tak fail.

Form five aku sandang jawatan Timbalan Pengerusi Kelab Fotografi. Masa ni aku belajaq banyak sangat pasai kepimpinan dan jugak ukhwah. Nana, Ku'ah, Thas, Eichah, Yana, Syerah, Kiki banyak tolong aku, Nana and Ku'ah sangat lah banyak sebab bila buat kerja kami sentiasa bertiga. Aku susah depa tolong dan juga sebaliknya. Aku sayang sangat-sangat laa kiranya.

Sampai sekarang aku rasa bertuah aku dah jadi keluaran Maahad meskipun aku raget sikit kat luaq. Biasa benda tu. Apa yang aku nak cakap kt sini thanks to my mum sebab paksa aku. Qasanya kalau aku masuk sekolah lain jadi kut lain aku gamaknya. Maahad banyak ajar aku macam mana nak jadi kawan yang baik, anak yang solehah, ketua yang berkaliber even masa tuu aku banyak buat silap sebab tak berapa reti merancang dan jugak pecinta yang setia. ehehhe...joke.

So kalau dipaksa oleh parents buat sesuatu yang baik tu ikutkan jelah. Because they know what's the best for us. Lain laa bab aku yang sambung form six. Aku tak boleh bawak. Silap-silap aku memain ja. Ibu tak paksa pun.


Tuesday, January 27, 2015

Bila Jari Mula 'Menari'

ASSALAMUALAIKUM
HI AND HELLO

Tajuk kemain yer. Metafora, hiperbola entah apa. Aku lupa. Lama gak kiranya aku dah tak sentuh yang namanya buku Bahasa Melayu. Dulu aku suka sangat baca prosa tradisional. Bahasa dia klasik. Even sometimes tak faham mesej atau cerita yang nak disampaikan tapi aku still layan ja. Enjoy apa dengan bahasa yang berbunga bunga itu. Contoh macam hikayat inderaputra, Hikayat Lang lang buan dan banyak lagi. Ermm.. aku lupa actually.

Ni satu lagi. Lupa. Payahnya nak buang sifat ni. Memang la perempuan dikurniakan sifat ni tapi aku belum laa lagi mengandung. Tengah study ada sifat ni payah gak. Segala notes tak da laa lupa cuma benda yang aku selalu lupa buku nota letak mana, pensel aku simpan mana. Haqu blue oii.

So aku ada la search internet petua nak elak lupa. Sesuai la untuk orang yang macam aku ni haa..
  • Kurangkan makan bawang besar
  • Kurangkan makan berempah
  • Kurangkan makan ketumbar kering
  • Kurangkan menonton hiburan
  • Kurangkan membaca majalah hiburan
  • Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
  • Kurangkan minuman air sejuk, minuman dalam tin
  • Kurangkan makan organ dalaman ayam
  • Jangan makan kepala ikan
  • Jangan minum air yang ada semut
  • Jangan tidur selepas subuh
  • Jangan tidur selepas asar
  • Jangan tidur selepas makan
  • Jangan makan terlalu kenyang
  • Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
  • Jangan menyapu rumah pada waktu malam
  • Jangan makan yang masam-masam berlebihan
  • Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
  • Jangan minum susu selepas memakan daging atau ayam
Hmm...memandangkan sekarang ni aku tengah menunggu result SPM yang entah nya macam mana tuu boleh la aku aku elakkan benda-benda tu. 

Plan utuk cuti ni masih belum ada. Aku pun tak tau nak buat apa. Hajatnya nak buat bisnes shawl tapi kain pun belum beli lagi. Gimana tu. Kalau bisnes menjadi ada gak la duit cuti-cuti ni kan. Seriously, mentang-mentang cuti aku pun dah jatuh miskin memandangkan elaun sekolah aku sudah tidak ada. Sebab tu laa aku ingat nak cuba try test plan aku dengan kawan aku ni. Kan 9 per 10 rezeki adalah dari perniagaan. Sunnah tu. 

Aku ada jugak laa ura-ura tulis cerpen. Tulis dua tiga lepas tu malas dah. Tapi ingat nak sambung balik. Time bosan-bosan baca cerpen sendiri best gak. Pandai aku buat. Haha. Puji diri sendiri woo. Sapa lagi nak puji kalau aku tak puji diri sendiri tak gitu. Aku dok aim nak main bowling ja nanti time out dengan geng aku tapi kenan dapat kelulusan dari orang atasan dulu ma. Maca boleh aci main redah ja. Aku ni anak yang baik dan bertamadun. Haha. Nak muntah sila muntah sekarang.

Actually, sebenar-benarnya aku bosan. Selepas mengedit blog, mendengar lagu, membuat entry baru dan merapu aku dah tak tau nak buat apa lagi dah. *stop sejenak dan berfikir*. Oh..i know. Nak layan Penulisan2u la.. 

P/s  :  credit : Tips Untuk tidak Mudah Lupa


Monday, January 26, 2015

Should I or not?

ASSALAMUALAIKUM
HI AND HELLO

Memandangkan kemarin ibu aku ada jumpa dengan Thas so ibu suruh Thas pujuk aku masuk form six and Thas did her work very well. Semalam aku ada la chat dengan Thas kat WeChat. Memang agak terkesan dalam diri aku ni nak sambung form six. Entah kenapa tiba-tiba. Sebelum spm hari tu pun aku teringin nak sambung form six lepas dengar ustaz cerita. Ilmu mantik macam best. Memang laa boleh kaut ilmu yang lepas ni mungkin susah bagi aku nak cari. But then aku tergerak hati nak buat istikharah.

Aku buat solat Istikharah then aku tidur. Aku tak mimpi apa-apa cuma bila bangun pagi ni hati aku rasa macam tak mau sambung form six. Macam hati aku langsung tak terbukak. So ada gak laa semalam aku conteng atas kertas tulis should or not sambung. Benda ni buat aku serabut tau. Tention gila dari semalam.

Kalau nak masuk tu boleh la tapi kalau tanpa kerelaan hati aku takut jadi kot lain. Main-main ja nanti. Ilmu ni ilmu Allah takkan laa aku nak main-main. Kalau nak tuntut ilmu hati biaq ikhlas. Aku bukannya apa sejak dari form one lagi subject Diniah aku memang slow. Aku faham tu memang faham bila ustazah/ustaz terang but bila nak menghafal tu macam slow sikit. So ia menjadikan markah aku sangat la tercorot. Pernah sekali aku dapat 3/100 jaaaa. Aku hafal tu hafal. Tapi bila nak tulis balik tuu macam tak keluaq jaa dari otak. Tak tau la.

Dari segi pandangan aku or lebih kurang macam alasan la :
1)  Subjek susah.
2)  Nak kena keluaq duit beli buku and bayar yuran. Kesian la pulak ibu dengan ayah.
3)  Aku boleh kemas rumah. Even tak kemas teqa mana.
4) Basuh baju lipat baju kalau kat rumah.
5) Malas nak pegang title budak sekolah.
6) Tak mau dapat markah rendah. Dah bosan.
7) Tak terasa nak masuk.

So kesimpulannya aku masih lagi keliru. Sangat sangat...

Monday, January 12, 2015

U think?

ASSALAMUALAIKUM

Hari tu kan...banyak kali dah aku nampak. Contohnya bila aku pi jalan-jalan time malam dengan family laaa kan dekat dengan balai seni negeri Kedah tu aku selalu nampak couple pi date kat situ. Peluk siap rapat lagi. Gelap pulak tu macam-macam boleh buat kan. Kenapa yang tu tak jadi viral ehh?? Tertanya-tanya gak aku. 

Apa yang aku nak cakap sekarang ni ye la kan kita digemparkan dengan berita sensasi 'Gadis Melayu Dipeluk Artist Korea'. Woww. Gedebaboomm.. Entry ni bukanlah entry pembelaan atau apa cuma tadi pagi aku online facebook. *aku terlambat sebenarnya. sepatutnya update kemarin*. Banyak gilagila orang update status pasal benda ni. Kebanyakkanya mengutuk tak lupa juga mengata. Ada yang sampai kata seolah-olah macam SEMUA kpopers tu TAK DAK MARUAH. *Watch ur mouth. Aku cili kang*

Apa yang aku nak type actually is siapa kita nak judge orang sesuka-suki hati. Don't try to be God. Aku tau la kita yang tengok ni geram...malu. Aku pun malu tengok.Tapi sedarkah kita bahawa bila kita sebarkan gambar-gambar depa yang macam tu seolah-olah kita membuka aib depa. Allah kan dah kata 'sesiapa yang bukak aib orang lain, Allah akan bukak aib dia kat akhirat.' Kesian kat depa. Mana yang tengok semua mengecam depa. 

Tau la nak menegur tapi dengan memaki hamun itu bukan caranya. Kita marah depa sebab dah tau islam tapi nak buat macam tu. Tau tak islam jugak tak bagi kita memaki hamun dalam menegur orang lain. Sedangkan orang lain hina agama Islam kita tak boleh hina agama depa balik. Rasulullah larang sama sekali. Konsep menegur adalah dengan tangan, lidah dan hati. Maksudnya dengan perbuatan, nasihat dan doa. Macam mana orang nak terima teguran kita kalau kita maki hamun tak tentu hala.

By the way, mungkin yaa dia dapat dosa peluk. Tapi kita sedar tak kita jugak dapat dosa mengata. Dahtu yang sebar gambaq tu takka dapat juga sahamnya. Kesian laa kat budak tu. Malu dia. Malu satu Malaysia woo. Yes memang dia salah tapi kita tak berhak nak hukum dia. Orang yang mulia tu bila dia buat dosa then dia bertaubat. Allah kan maha penyayang. Hang tuhan kaa nak hukum itu ini? Siapa hang nak hukum sana sini?

Aku ada laa baca banyak jugak komen yg macam 'ahh..depa konfirm masuk neraka jahanam'. atudia aihh... Macam neraka tu hang punya ja. Jangan kata jangan maki. Kita sepatutnya doa. Doa supaya depa bertaubat. Ya laa aku pun mengaku laa yang jangan terlalu obses sangat. Kita sebagai muslim kena jugak fikir tahu kat mana batas-batas yang perlu dijaga. Tak gitu??

Apa-apa pun semua ni pendapat aku ja. Apa yang lahir dari benak fikiran aku ja. Jangan laa pulak bash aku kaa apa.. ehehe... And tak semua kpopers macam tu. TAK SEMUA. Harap maklum. Everyone make mistake. Memang pun kita sebenarnya akhlak macam dah kurang. Masalah soasial bercambah. Aku bukannya nak bela or whatever. Tapi think wisely laa. Jangan sampai maki hamun. Islam tak ajar. Nak comment, comment. Tapi jangan la melebih. Bagi kritikan yang boleh memberi kesedaran la. Bukannya maki hamun.

Lagu : Scream by D.O (translation)

Hi and hello..
Memandangkan hari tu aku post lagu ni tapi dalam bahasa Korea. Tak paham an. Aku pun tak paham. So ni translation dia. :D

On a long and tiring day
I got together my heart that was filled with sighs
Today and tomorrow, I will get up again
And live through the day
Vague expectations, dry laughter
They change as time goes by
My sad heart and apparent scars
They won’t disappear
Can you hear our sad cries?
We held it in and endured through endlessly
Even when darkness came while walking on this far path
We held hands and were always together
In a dark room, a single ray of light comes through the windows
Some day, I hope it will shine brightly
If I hope and hope, it will be fulfilled
That’s what I believed and waited for
Can you hear our sad cries?
We held it in and endured through endlessly
Even when darkness came while walking on this far path
We held hands and were always together
Why are there no answers?
Why did you hide it without a word?
On a long and tiring day
I got together my heart that was filled with sighs
Today and tomorrow, I will get up again
And live through the day


Credit : http://www.kpoplyrics.net/

Saturday, January 10, 2015

Lagu : Scream by D.O

Godanhan haruga gilgo gireotdeon nal
Hansum gadeuk jichin mameul dajaba
Oneuldo naeildo tto dasi ireona
Harul sara gagetjyo
Magyeonhan gidaedo memareun useumdo
Chacheum byeonhae sigani jinagado
Seoreoun maeumeun dodanan sangcheoneun
Sarajiji anhayo
Seogeulpeun uri oechimi deullinayo
Haneobsi chamgo tto gyeondyeotjyo
Meon gireul geotda eodumi chajawado
Du soneul japgoseo neul hamkkeyeonneunde
Bulkkeojin changmun teum sai hanjulgi bit
Eonjenganeun hwanhi bichwojugireul
Barago baramyeon kkok irwojilgeora
Mitgo gidaryeonneunde
Seogeulpeun uri oechimi deullinayo
Haneobsi chamgo tto gyeondyeotjyo
Meon gireul geotda eodumi chajawado
Du soneul japgoseo neul hamkkeyeonneunde
Wae amureon daedabi eomnayo
Wae amureon mal eobsi sumgyeowannayo
Godanhan haruga gilgo gireotdeon nal
Hansum gadeuk jichin mameul dajaba
Oneuldo naeildo tto dasi ireona
Harul sara gagetjyo


Cuba hayati lagu ni. Aku suka. Sebab dia macam follow the flow ja. Enjoy ja.


Credit to : www.kpoplyrics.net

Cannot

ASSALAMUALAIKUM


Pabila cuti menjelang maka kenduri pun banyak la kan. Adatnya gitu la kan. Masuk je musim cuti panjang hujung tahun masuk la jugak musin orang kahwin. Maka jadinya kenduri sana sini. Bila dah gitu makan pun aci main balun ja mana sempat. Tak kira boleh ke tidak. 

Memandangkan aku ni memang jenis sensetif sikit bab makan minum ni bila dah cuti aku pun tak kira la dengan makannya. Main bedal ikut hati sendiri ja. So..hasilnya padan muka aku. Setelah disenarai memang banyak gila kut aku tak boleh makan.

Benda paling main yang aku tak boleh makan. Belacan. Amek kau. Selalunya kalau makan aku memang suka gilagila makan sambal belacan. Bila dah nama pun sambal belacan sikit pun aku tak boleh sentuh. Even secalit mahupun secubit.

Then aku tak boleh makan ikan bilis. Dah la favorite aku pagi-pagi nasi lemak. Dah tu udang memang lagi la tak boleh. Segala jenis seafood semua memang makruh la. Nak kata haram tuu uisshh..sat gi aku hentam jugak makannya.

Sementara aku tunggu segala allergic aku nie nak sembuh kira macam lama jugak la so ibu aku belikan aku gamogen.
Alhamdulillah jugak sebab first makan tu memang ada tindak balas. Kiranya sekarang ni macam dah kurang sikit kat muka aku ni. Tapi agak la memang aku jarang dah keluar rumah. Kalau family aku keluar pun aku selesa duduk rumah je. Pipi kiri aku alamak aii agak teruk la. Tapi tak pa. Sedang menunggu ia sembuh. InsyaAllah. Someday. Tapi agak seksa la bila lunch banyak benda aku tak boleh makan. Silap-silap nasi kosong dengan ikan goreng ja. Tapi tak pa. Aku sebat jugak. Rezeki tu. Nasib boleh makan jugak. Bersyukur laaaa...


Thursday, January 1, 2015

Azam 2015

Assalamualaikum...
Hi and hello...

Happy new year kepada semua. Tak sangka cepatnya masa berlalu. I'm already 18. Not exactly 18. Saja nak mengaku.

Memandangkan today is the begining of the first chapter in 2015 so i'm gonna post an entry mengenai azam aku yang baru ni. Selain daripada azam ingin mempunyai azam aku juga ada azam-azam yang lain.

1.  Aku nak jadi anak yang solehah. Aku dah besaq cuma perangai agak kebudak-budakkan. Hey..thats make me look cute. Am i right?? *peqasanjaaa
2.  Kalau aku dapat tawaran sambung belajar aku nak study betul-betul. Tak mau dah jadi macam last few years. Main-main jaa..
3.  Aku nak simpa cincin aku elok-elok. Tak mau buang merata. Iya laa kan.. tahun lepas hilang..tahun ni baru jumpa. Baru jaa tadi. Sebelum ni pun banyak kali dah hilang.
4.  Aku nak jadi lebih alert. Sebelum ni kalau pi mana-mana aku bukannya ambik kisah pun about apa-apa. Contoh macam pi shopping complex then cari ayah aku tak jumpa. Bila adik aku tanya aku ayah pakai baju kaler apa aku macam blurr sat. Sungguh aku tak perasan. Aku kena ambil masa yang lama untuk loading. So i wanna change that habit.
5.  Nak tutup aurat dengan lebih sempurna. Sebelum ni stokin kat kaki dah macam chipsmore. Sat ada sat tak dak. Tahun ni insyaAllah aku nak ikat bagi tak lari dah. Hehe..
6. Tak mau jadi careless dah. Aku ni agak cuai la. Bila dah jadi baru nak menyesal. Tak gunanya penyesalan saat tuu.
7.  Nak jadi pemandu berhemah. Hahaha.. Aku baru nak ambik lesen NANTI. aitt..azam kena ada..
8.  Nak jadi perempuan yang lebih sejati. Bukannya apa. Aku sebelum ni macam kasar sikit. Ermm.. tak tau la. Aku tak sedar pun tapi bila ada someone ni mulut perhhh..sedap dia jaa kata aku tomboy. Then baru laa aku rasa macam aku perlu jadi lebih femenin..perhaps..
9.  Tak mau lagi atau sesekali BOROS. Seriously sekarang ni aku memang miskin. Time ada duit kasut la itu laa ini laa. Hmm.. tak patut..tak patut..
10.  Nak jadi kawan yang baik. Sebelum ni pun aku tak jahat cuma aku rasa aku perlu jadi lebih baik dari sebelum ni. Before this.. aku tau banyak kawan yang terasa dengan aku. I am so sorry. Aku tak dapat nak elak benda tu tapi insyaAllah aku akan ubah sikit-sikit.

Thats it. 10 azam terbaru aku. Yang aku fikir sampai pening kepala. Haha. Taj dak arh. Saja ja.tak pening pun. Hanya hiperbola semata-mata. Benda yang paling penting..aku nak jadi hamba yang taat dan patuh. Yang tu aku rasa semua perlu ada azam macam tu. Aku rasa laa..orang lain rasa aku tak tau laa..