Wednesday, January 28, 2015
Maahad
Semalam masa tengah tawaf satu rumah dari ruang tamu ke dapur dari dapur ke ruang tamu then naik bilik turun ruang tamu balik pas tu pergi dapur then naik bilik balik rasa macam banyak je idea nak tulis entry untuk hari ni. Bila dan on PC sign in blog tetiba hilang melayang entah kemana ja idea tu. Alahai.
Di pagi yang hening ni aku nak type yang aku rindu gilagila dekat sekolah aku. Maktab Mahmud Alor Setar.Ye la kan sekarang nikan dah bergelar peganggur separuh masa. Lagi separuh kena jadi housegirl separuh masa. Haha. Okay tak lawak.
Lepas aku dapat result UPSR aku yang bagi aku memang flying colors tu aku happy gila la kan. Yang tu ja kut aku dapat staright As pun. Oleh kerana arahan ibunda menyeruhku ke Maktab Mahmud walau dengan paksaan aku relakan jugak meski hakikatnya hati aku tak mau. Sebabnya aku teringin sangat nak masuk MRSM. Dengan hati yang lara aku tak isi langsung satu borang pun ke MRSM ka SPB ka. Takdir tuhan aku dapat masuk MMAS. Bayangkanlah aku yang tak dak pegangan bahasa arab langsung waktu tu. Yang aku tau Assalamualaikum, Syukran. Aku punya la heqan sebab masa aku buat ujian kemasukan ke Maktab Mahmud memang aku buat gitu-gitu je. Melepaskan batuk ditangga. Mogok punya pasai.
Masa masuk tingkatan satu aku qasa macam alien disitu. Aku suka sangat skip hari Ahad samapaikan guru kelas aku tanya. Haha. Masa tu kawan aku tak ramai cuma aku rapat dengan Roby. Masa tu aku baik sangat cuma aku selalu bawak novel pi skolah. Nak dijadikan cerita novel aku kena rampas. Bukan satu bukan dua tapi lima. Tapi Alhamdullilah aku dapat balik semua novel tu. Tu pun lepas masuk mengadap guru disiplin.
Masuk form two aku dah jadi nakal sikit. Tak jahat. Masa tu aku memberontak sebenarnya. Mana taknya masuk sekolah tu tanpa ada asas apa-apa then plus dengan geng yang super dengki masa tu. Semua benda aku angkut masuk kawasan sekolah. Benda terlarang. Laptop, novel. Semuanya aku seludup masuk tanpa permit. Tapi tak pernah kena tangkap. Hehe. Jahat gak aku time tu. Yang membuatkan aku insaf tak mau buat dah bila diary aku dibaca oleh pengawas. Tapi tu salah aku la memandai bawak merata. Actually diary tu aku nak buang. Tebal sangat. Aku tak kena sangat pun cuma effect dia besaq sebab sangkut paut dengan sorang senior ni. Sampai banyak jugak kawan-kawan seperjuangan dia cari aku. Tak pasai-pasai. Salah aku jugak pi kutuk dia dalam diari tu. Padan muka aku. Tapi taktau laa kalau cerita yang sampai kat dia terpusing 360 darjah kan, Dari benci jadi suka. Tolonglah. Okay i'm sorry about that. Masa tu tak fikir panjang dah. Masa tu jugak aku mula rapat dengan Thas dan Lyana dan masa tu aku berazam nak buat betul-betul dalam PMR nak keluaq dari sekolah tu.
Masuk form three aku dah jatuh hati sama itu sekolah. Maahad ada persekitaran yang sekolah lain tak dak. Bai'ah maahad lain. Suasana lain dari yang lain. Sebabnya Maahad tu bumi barakah. Yang dah banyak lahirkan para Ulama'. Masa form three jugak laa aku kena histeria kat sekolah. Start dari saat tu baru aku tau apa itu ukhuwah. Sayangnya aku dekat kawan-kawan aku dan sayangnya depa kt aku. Thas, Syera, Fatin. Masa time tu depa yang ada dengan aku. Tolong aku masa aku jadi. Angkat aku. Papah aku. Lepas tu baru la aku sedar yang aku dah buang banyak masa. Aku korbankan dua tahun aku macam tu ja. Ruginya aku denagn pemberontakan yang entahpapa tu.
Lepas dapat result 7A 2B. Aku terkejutzzz sangat sebab bahasa arab aku A. Dan yang B adalah KHB dan BM. Aku ingatkan result aku tu salah sebab dari form one markah bahasa arab aku yang paling rendah dalam kelas. Thanks to Ustazah Fatimah sebab ustazah yang banyak bukakan mata aku tentang bahasa arab. Sebab ustazah jugak aku dah mula minat bahasa arab. Tapi aku still minta sekolah lain. Aku mintak KISAS. Saja syok-syok tapi aku tak dapat. Aku biaqkan ja tak buat rayuan pun. Aku dah sayang maahad waktu tu,
Masa form four aku mula aktif dalam kelab Fotografi. Since form two aku dah active dalam KAPA. Masa tu memang bukan honeymoon year la sebab ada exam SMRAMM yang sekarang ni dipanggil SMAMM(sijil menenengah agama maktab mahmud). Tapi aku tak dapat mumtaz pun lega sebab tak fail.
Form five aku sandang jawatan Timbalan Pengerusi Kelab Fotografi. Masa ni aku belajaq banyak sangat pasai kepimpinan dan jugak ukhwah. Nana, Ku'ah, Thas, Eichah, Yana, Syerah, Kiki banyak tolong aku, Nana and Ku'ah sangat lah banyak sebab bila buat kerja kami sentiasa bertiga. Aku susah depa tolong dan juga sebaliknya. Aku sayang sangat-sangat laa kiranya.
Sampai sekarang aku rasa bertuah aku dah jadi keluaran Maahad meskipun aku raget sikit kat luaq. Biasa benda tu. Apa yang aku nak cakap kt sini thanks to my mum sebab paksa aku. Qasanya kalau aku masuk sekolah lain jadi kut lain aku gamaknya. Maahad banyak ajar aku macam mana nak jadi kawan yang baik, anak yang solehah, ketua yang berkaliber even masa tuu aku banyak buat silap sebab tak berapa reti merancang dan jugak pecinta yang setia. ehehhe...joke.
So kalau dipaksa oleh parents buat sesuatu yang baik tu ikutkan jelah. Because they know what's the best for us. Lain laa bab aku yang sambung form six. Aku tak boleh bawak. Silap-silap aku memain ja. Ibu tak paksa pun.
Tuesday, January 27, 2015
Bila Jari Mula 'Menari'
Ni satu lagi. Lupa. Payahnya nak buang sifat ni. Memang la perempuan dikurniakan sifat ni tapi aku belum laa lagi mengandung. Tengah study ada sifat ni payah gak. Segala notes tak da laa lupa cuma benda yang aku selalu lupa buku nota letak mana, pensel aku simpan mana. Haqu blue oii.
So aku ada la search internet petua nak elak lupa. Sesuai la untuk orang yang macam aku ni haa..
- Kurangkan makan bawang besar
- Kurangkan makan berempah
- Kurangkan makan ketumbar kering
- Kurangkan menonton hiburan
- Kurangkan membaca majalah hiburan
- Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
- Kurangkan minuman air sejuk, minuman dalam tin
- Kurangkan makan organ dalaman ayam
- Jangan makan kepala ikan
- Jangan minum air yang ada semut
- Jangan tidur selepas subuh
- Jangan tidur selepas asar
- Jangan tidur selepas makan
- Jangan makan terlalu kenyang
- Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
- Jangan menyapu rumah pada waktu malam
- Jangan makan yang masam-masam berlebihan
- Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
- Jangan minum susu selepas memakan daging atau ayam
Monday, January 26, 2015
Should I or not?
Monday, January 12, 2015
U think?
Lagu : Scream by D.O (translation)
I got together my heart that was filled with sighs
And live through the day
They change as time goes by
They won’t disappear
We held it in and endured through endlessly
We held hands and were always together
Some day, I hope it will shine brightly
That’s what I believed and waited for
We held it in and endured through endlessly
We held hands and were always together
Why did you hide it without a word?
I got together my heart that was filled with sighs
And live through the day
Credit : http://www.kpoplyrics.net/
Saturday, January 10, 2015
Lagu : Scream by D.O
Hansum gadeuk jichin mameul dajaba
Harul sara gagetjyo
Chacheum byeonhae sigani jinagado
Sarajiji anhayo
Haneobsi chamgo tto gyeondyeotjyo
Du soneul japgoseo neul hamkkeyeonneunde
Eonjenganeun hwanhi bichwojugireul
Mitgo gidaryeonneunde
Haneobsi chamgo tto gyeondyeotjyo
Du soneul japgoseo neul hamkkeyeonneunde
Wae amureon mal eobsi sumgyeowannayo
Hansum gadeuk jichin mameul dajaba
Harul sara gagetjyo
Cuba hayati lagu ni. Aku suka. Sebab dia macam follow the flow ja. Enjoy ja.
Credit to : www.kpoplyrics.net
Cannot
Thursday, January 1, 2015
Azam 2015
Assalamualaikum...
Hi and hello...
Happy new year kepada semua. Tak sangka cepatnya masa berlalu. I'm already 18. Not exactly 18. Saja nak mengaku.
Memandangkan today is the begining of the first chapter in 2015 so i'm gonna post an entry mengenai azam aku yang baru ni. Selain daripada azam ingin mempunyai azam aku juga ada azam-azam yang lain.
1. Aku nak jadi anak yang solehah. Aku dah besaq cuma perangai agak kebudak-budakkan. Hey..thats make me look cute. Am i right?? *peqasanjaaa
2. Kalau aku dapat tawaran sambung belajar aku nak study betul-betul. Tak mau dah jadi macam last few years. Main-main jaa..
3. Aku nak simpa cincin aku elok-elok. Tak mau buang merata. Iya laa kan.. tahun lepas hilang..tahun ni baru jumpa. Baru jaa tadi. Sebelum ni pun banyak kali dah hilang.
4. Aku nak jadi lebih alert. Sebelum ni kalau pi mana-mana aku bukannya ambik kisah pun about apa-apa. Contoh macam pi shopping complex then cari ayah aku tak jumpa. Bila adik aku tanya aku ayah pakai baju kaler apa aku macam blurr sat. Sungguh aku tak perasan. Aku kena ambil masa yang lama untuk loading. So i wanna change that habit.
5. Nak tutup aurat dengan lebih sempurna. Sebelum ni stokin kat kaki dah macam chipsmore. Sat ada sat tak dak. Tahun ni insyaAllah aku nak ikat bagi tak lari dah. Hehe..
6. Tak mau jadi careless dah. Aku ni agak cuai la. Bila dah jadi baru nak menyesal. Tak gunanya penyesalan saat tuu.
7. Nak jadi pemandu berhemah. Hahaha.. Aku baru nak ambik lesen NANTI. aitt..azam kena ada..
8. Nak jadi perempuan yang lebih sejati. Bukannya apa. Aku sebelum ni macam kasar sikit. Ermm.. tak tau la. Aku tak sedar pun tapi bila ada someone ni mulut perhhh..sedap dia jaa kata aku tomboy. Then baru laa aku rasa macam aku perlu jadi lebih femenin..perhaps..
9. Tak mau lagi atau sesekali BOROS. Seriously sekarang ni aku memang miskin. Time ada duit kasut la itu laa ini laa. Hmm.. tak patut..tak patut..
10. Nak jadi kawan yang baik. Sebelum ni pun aku tak jahat cuma aku rasa aku perlu jadi lebih baik dari sebelum ni. Before this.. aku tau banyak kawan yang terasa dengan aku. I am so sorry. Aku tak dapat nak elak benda tu tapi insyaAllah aku akan ubah sikit-sikit.
Thats it. 10 azam terbaru aku. Yang aku fikir sampai pening kepala. Haha. Taj dak arh. Saja ja.tak pening pun. Hanya hiperbola semata-mata. Benda yang paling penting..aku nak jadi hamba yang taat dan patuh. Yang tu aku rasa semua perlu ada azam macam tu. Aku rasa laa..orang lain rasa aku tak tau laa..