ASSALAMUALAIKUM
Hari tu kan...banyak kali dah aku nampak. Contohnya bila aku pi jalan-jalan time malam dengan family laaa kan dekat dengan balai seni negeri Kedah tu aku selalu nampak couple pi date kat situ. Peluk siap rapat lagi. Gelap pulak tu macam-macam boleh buat kan. Kenapa yang tu tak jadi viral ehh?? Tertanya-tanya gak aku.
Apa yang aku nak cakap sekarang ni ye la kan kita digemparkan dengan berita sensasi 'Gadis Melayu Dipeluk Artist Korea'. Woww. Gedebaboomm.. Entry ni bukanlah entry pembelaan atau apa cuma tadi pagi aku online facebook. *aku terlambat sebenarnya. sepatutnya update kemarin*. Banyak gilagila orang update status pasal benda ni. Kebanyakkanya mengutuk tak lupa juga mengata. Ada yang sampai kata seolah-olah macam SEMUA kpopers tu TAK DAK MARUAH. *Watch ur mouth. Aku cili kang*
Apa yang aku nak type actually is siapa kita nak judge orang sesuka-suki hati. Don't try to be God. Aku tau la kita yang tengok ni geram...malu. Aku pun malu tengok.Tapi sedarkah kita bahawa bila kita sebarkan gambar-gambar depa yang macam tu seolah-olah kita membuka aib depa. Allah kan dah kata 'sesiapa yang bukak aib orang lain, Allah akan bukak aib dia kat akhirat.' Kesian kat depa. Mana yang tengok semua mengecam depa.
Tau la nak menegur tapi dengan memaki hamun itu bukan caranya. Kita marah depa sebab dah tau islam tapi nak buat macam tu. Tau tak islam jugak tak bagi kita memaki hamun dalam menegur orang lain. Sedangkan orang lain hina agama Islam kita tak boleh hina agama depa balik. Rasulullah larang sama sekali. Konsep menegur adalah dengan tangan, lidah dan hati. Maksudnya dengan perbuatan, nasihat dan doa. Macam mana orang nak terima teguran kita kalau kita maki hamun tak tentu hala.
By the way, mungkin yaa dia dapat dosa peluk. Tapi kita sedar tak kita jugak dapat dosa mengata. Dahtu yang sebar gambaq tu takka dapat juga sahamnya. Kesian laa kat budak tu. Malu dia. Malu satu Malaysia woo. Yes memang dia salah tapi kita tak berhak nak hukum dia. Orang yang mulia tu bila dia buat dosa then dia bertaubat. Allah kan maha penyayang. Hang tuhan kaa nak hukum itu ini? Siapa hang nak hukum sana sini?
Aku ada laa baca banyak jugak komen yg macam 'ahh..depa konfirm masuk neraka jahanam'. atudia aihh... Macam neraka tu hang punya ja. Jangan kata jangan maki. Kita sepatutnya doa. Doa supaya depa bertaubat. Ya laa aku pun mengaku laa yang jangan terlalu obses sangat. Kita sebagai muslim kena jugak fikir tahu kat mana batas-batas yang perlu dijaga. Tak gitu??
Apa-apa pun semua ni pendapat aku ja. Apa yang lahir dari benak fikiran aku ja. Jangan laa pulak bash aku kaa apa.. ehehe... And tak semua kpopers macam tu. TAK SEMUA. Harap maklum. Everyone make mistake. Memang pun kita sebenarnya akhlak macam dah kurang. Masalah soasial bercambah. Aku bukannya nak bela or whatever. Tapi think wisely laa. Jangan sampai maki hamun. Islam tak ajar. Nak comment, comment. Tapi jangan la melebih. Bagi kritikan yang boleh memberi kesedaran la. Bukannya maki hamun.
No comments:
Post a Comment