Wednesday, March 4, 2015

Result SPM

Hi and hello..

Yesterday was 3rd March and it's a big day of course. Macam yang lain semua tahu, result SPM iaitu exam yang penting dalam hidup kat dunia yang sementara ni baru ja keluar kemarin dan aku adalah salah seorang calonnya. Memandangkan hari tu kononya aku akan tinggalkan blue tick ja kalau orang lain tanya about my result, aku tak buat pun macam tu, Tak sampai hati. Macam kurang adab je.

Result aku tak ada laa gempak pun. Tak dapat 11A pun macam yang selalu aku impikan tu. 10A 1B pun tidak. Ada laa aku kutip A tu. Cukup la nak teruskan hidup. Harapan nak teruskan bidang engineering tu ada lagi. Cumanya aku frust sikit kat English. Kalau la time exam hari tu aku baca soalan dengan teliti mesti aku tak salah buat karangan. Essay aku lari tajuk. And because of that aku dapat B+ ja. Frust gak la sebab exam sebelum ni pun aku dapat A. Even bukan A+. Percubaan pun A. Kesalahan yang aku tak pernah buat seumur hidup aku tulis essay, tetiba aku buat dalam SPM. But everything happens for a reason. Ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Allah tu sebaik-sebaik perancang.

Yang satu subject ni memang terkejut jugak la. Chemistry. Percubaan hari tu aku dapat D. Dalam SPM aku dapat A-. Alhamdulillah. Sebabnya aku shocked, masa form 4 aku belajaq chemistry, hanya dua tiga bab ja aku faham. Macam bab 3 which is yang penting aku memang tak belajaq langsung sebabnya masa sir ajaq dalam kelas, aku dok sibuk usung camera. Aku kena bertugas untuk photoshoot kelas dan persatuan. Dulu memang aku sakit hati dengan Chemistry sebab aku tak faham. Masuk form five aku ambik tusyen, aku dah mula qajin sikit, aku mula minat Chemistry. Alhamdulillah. Semuanya okay.

Aku sayang sangat dengan ibu aku. Even result aku tak segempak anak kawan2 dia tapi still senyum dengan result aku. Masih lagi bangga dan ibu tak compare pun result aku dengan sapa-sapa. Ibu macam aku gak, agak frust dekat english. My mum is an english teacher so........tapi ibu faham. Masa dalam dewan mcm surprised jugak la sebab tiba-tiba nampak ibu duk kat pintu dewan. Ingatkan ibu dah tak pi. Mula-mula tu takut jugak nak tunjuk result tapi semuanya okay. berjalan dengan lancar. Alhamdulillah.

Apa-apa pun aku bersyukur dengan ketentuan Allah. Kalau Allah tak bagi apa yang kita nak, bukan maksudnya Allah benci. Sebaliknya Allah dah rancang sesuatu yang lebih baik untuk kita. Dia maha mengetahui. Setiap apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Rezeki ada kat mana-mana. Bumi Allah ni luas. Selagi kita di paksi yang betul, InsyaAllah everything gonna be fine.

Syukran jazilan kepada ibu dengan ayah sebab sudi teman pi sekolah. Sebab tak marah. Sebab selalu bangga dengan anak sulung depa yang ketegaq ni even tak pandai mana. Love you till jannah.

Terima kasih kepada semua cikgu-cikgu yang bertugkus lumus mengajar, mendidik dan mendoakan saya semasa saya ada di, SK Mergong dan juga Maktab Mahmud Alor Setar. Jasamu takkan ku lupa.

Terima kasih jugak kepada kawan-kawan, Ku'ah, Nana, Eichah, Syerah, Syah, Thas, Yana, Nadirah, yang tak lepas mendoakan aku agar berjaya dalam hidup. Perjuangan kita baru ja bermula. SPM bukan penamat tapi sebaliknya baru permulaan. We can do it. Sayang hangpa sampai syurga.

La tahzan, innallahama'ana....














8 comments:

  1. congratulations =D fuyyoo chemistry dpt A- .

    ReplyDelete
  2. La tahzannn...
    Look forward..more challenges and rewards in the future

    ReplyDelete
  3. Tahniahh!! Ohh nk jdi engineer la ni? All the best in life...

    ReplyDelete
  4. tahniah ^_^ but paper chemist hari tu rasa mcm lain macam je paper dia. kehkeh. tu saya je la yg rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..ntah laa. rasanya hampir smua paper mcm lain macam.. tambah2 add math. pening kepala..

      Delete