Wednesday, September 16, 2015

Life Kat University

ASSALAMUALAIKUM
HI AND HELLO

Bila dah masuk university ni, walaupun baru peringkat asasi aku still dah bawak nama International Islamic University Malaysia which also know as Universiti Islam Antarabangsa. Dan disebabkan itu jugak boleh keluar persoalan, best tak life kat university?

Best tak?
What I can say is, yes. Life kat universiti ni memang best cumanya apa yang tak best kena berjauhan dengan keluarga. Tu satu, satu lagi jadi tak best bila duit tak ada. Nak survive macam mana haa. Susah. Nak mintak kat parents memang tak sampai hati. Bila depa tanya ada lagi tak duit, terpaksa cakap ada lagi sebabnya tak nak susahkan lagi. Even kalau cakap duit cukup-cukup pun depa akan tambahkan, apatah lagi bila cakap tak ada duit. Pandai-pandai la survive. Apatah lagi aku yang duduk kat Petaling Jaya ni ha, Duit mencurah-curah keluar macam air. Duduk dalam campus pun banyak yang keluar, apatah lagi kalau keluar hujung minggu, memang dah macam air terjun laa duit tuu keluar.

Kena survive sendiri.
Kat sini tak ada sapa yang nak care about you 24/7. Tak dak sapa yang nak tanya hang dah makan ke belum, or sihat atau tak macam zaman sekolah dolu-dolu. Macam aku ni haa yang asyik sakit ja, dulu kat sekolah selalu jugak bila selihih dengan cikgu, cikgu akan tanya sihat ke tak, dah makan ka belum. Kat sini, no one yang akan care about you. Even kawan (accept kawan yang betul-betul care) itu pun tak boleh ak mengharapkan segalanya kat dia laa. Nak pergi perjumpaan sendiri, kelas sendiri. Kalau ajak teman pun kadang-kadang tak boleh sebab busy. Dia pun ada hal lain so kena pandai-pandai hidup sendiri, makan sorang, belajar berdikari.

Bagi aku la kan, life kat sini isn't about study 24/7. Hang kena participate jugak dalam club or sukan or apa-apa society. Jangan pulak jadi student 3K. Kelas, kafe katil. Itu yang dimaksudkan dengan tiga K. Tapi kalau istilah aku dah jadi 4K. Sebabnya kelas, kafe, katil, korea. Haha. Almaklumlah kpopers memang macam ni.

Yang penting, jangan culture shock. Payah oii. Ingat tak dak ka kat sini yang culture shock. Jangan ingat ini IIUM tak ada culture shock yaa. Apa yang aku suka kat sini bila kau speaking tak dak sapa yang nak cakap hang poyo, bajet or seangkatan dengannya, Bila masuk kaa sini, korang akan nampak signboard yang tulis "This is english sepaking campus, Please speak english".So, kat sini tak ada sapa yang ada hak cakap hang poyo, bajet sebabnya rules untuk cakap english. Kat sini aku qasa main language dia english. Bahasa melayu dah jadi second language. Kalau universiti lain aku tak tau la pulak. aku tau IIUM ja dah aku jadi student sini.

Yang tu saja syarahan aku paga pagi yang buta ini. See yaa in the next entry.

No comments:

Post a Comment