Wednesday, April 22, 2015

Interview UniKL MIAT

ASSALAMUALAIKUM
HI AND HELLO

Hari tu kan aku ada interview untuk UniKL MIAT masa 20 April hari tu. Aku pergi even kat Sepang. Bertolak hari Ahad petang. Ayah aku drive. Even penat baru balik kerja time tu, tapi demi anak depa hat sorang ni, mak ayah aku gagahkan jugak drive dari Kedah ke Sepang. Jauh la. Dah la tu, malam pulak tu. Jasa parents yang takkan aku pernah lupa. Dan juga sebagai semangat aku untuk teruskan belajar. Sebagai kekuatan juga bila aku hampir putus asa untuk bangun balik dari kegagalan.

Sampai kat MIAT tu dalam pukul 7.30 pg macam tu. Makan kat cafe dia dulu apa semua. Bajet macam aku diantara orang yang paling awal la kan. Tapi tengok-tengok banyak dah orang yang sampai dulu dari aku. It's okay. Aku beratur, isi borang. Masa berbaris tu rasa macam sesak nafas pun ada sebab depan belakang aku lelaki. Almaklumlah, student maahad. Habis isi, aku terus naik ke library sebab ada IQ test. Alhamdulillah aku boleh jawab semua soalan walaupun ada yang hentam. 

Habis IQ test, ada sesi interview pulak. Aku dapat nombor 23. Sambil duk tunggu nak masuk tu, ketaq jugak la kaki tangan. Punya la duk rewind macam-macam pasai aircraft sebab takut lupa. Then, nombor aku dipanggil jugak. Depa panggil masuk dua orang sekali gus. Kiqanya aku kena interview dengan sorang budak ni nombor 24. Kira okay la bukan aku sorang. Masuk ja dalam bilik tu hilang terus semua nervous aku. 

Nak pulak interviewer tu sporting ja. Mula-mula aku ingat depa macam tak senyum, muka tegang. But then, memang fikiran aku meleset jauh. Sporting ja Encik dan Puan itu. Ada a few question yang ditanya kat kami berdua. First masuk, macam biasa la..tell me about yourself. Then lepas tu ada la soalan-soalan yang berkaitan dengan minat. Tersekat-sekat gak la aku jawab.

Time interview tu baru aku tau beza manufacturing and repairing. Habis tak tau jawab aku cakap la aku nak jadi one of the engineer kat Boieng. So kalau nak jadi engineer kat boeing, tak boleh la amek course tu. Course tu macam more on repairing the airplane. Aku yang silap ha. Memang aku nak pun course tu. Aku tau course tu repairing tapi yang aku sebut pasal boeing tu la silap. Aku ingat sama ja. Hehe. Tu la tak buat research dulu. Aku hanya tau part of the airplane ja. Jenis airplane. Hattu ja. Tapi tak pa, at least dapat ilmu sedikit sebanyak.

Habis interview, aku pi melawat hangar depa. Ya Allah. Bestnya. Macam tak mau keluaq. Haha.*over. Ada rezeki aku, ada la kat MIAT nanti. In sha Allah. :D

Thursday, April 16, 2015

Culture Shock?? ehh..bukan

ASSALAMUALAIKUM
HI AND HELLO

Culture shock. Bahaya sebenarnya. Contoh,pergi study oversea bertudung, berstokin semua perfect. Balik mai Malaysia, rambut karat, skirt singkat, baju sendat. Itu namanya culture shock. Payah jugak kan kalau study jauh ni. Ada pegangan agama pun kekadang goyah jugak kalau iman tu ciput ja.

Aku dulu masa sekolah rendah, kawan ja dengan budak lelaki. Then bila masuk Maahad, suasana lain. Kelas asing. Jumpak budak putera pun seminggu sekali, tu pun masa perhimpunan ja. Masuk form four, aliran sains kelas aku campur. Masa tu okay lagi but then kena buat presentation depan kelas. Oh My God. Qasa macam nak sembam muka kat whiteboard ja. Malu oi. Tapi bila dah lama-lama tu aku semakin okay dan dapat membiasakan diri. Cumanya bila nak cakap dengan budak putera tu qasa mcama suara tu tak keluar. haha. Overnya aku ni.

Bila form five, aku pegang jawatan deputy president kelab fotografi. Presidentnya lelaki. Mau tak mau aku tak boleh lari dari kenyataan yang aku kena berhubung dengan namanya lelaki. Tapi kiqa okay aku ada kawan-kawan yang tolong. Tambah pulak aku jadi timbalan pengarah untuk lawatan kelas yang tak jadi tu. Tapi masa tu, bila cakap dengan budak putera suara aku dah okay. Keluar dengan lancarnya.

Apa yang aku nak cakap kat sini adalah, kelas campur tu yang mengurangkan fobia malu aku terhadap namanya lelaki. Bagi aku la kan, bukannya nak buat apa pun sampai malu tahap gila. Urusan kerja ja pun. Payahnya aku dulu. Apa-apa pun yakin kepada diri sendiri, anda akan berjaya.

P/s : aku bosan.

Wednesday, April 15, 2015

Marikulasi

ASSALAMUALAIKUM
HI AND HELLO

Baru-baru ni tawaran matrikulasiada keluar kan. I'm really surprised. Aku dapat Kolej Mara Kulim. Dekat memang dekat. Mulanya memang aku doa bagi dapat situ instead of Kolej Matrikulasi Kedah sebab dekat dengan family. Even Kulim tapi still Kedah. Mulanya macam tu la sebab masa tu aku belum lagi jatuh hati kat UniKL MIAT. Permohonan matriks kan awai. Sebelum SPM lagi. Bila dahcek tu, dapat tawaran situ mula la rasa 

"Eh, aku nak pi mana satu."

Bila fikir balik MIAT belum tentu aku dapat. But no negative thought. InsyaAllah. Setelah fikir dua tiga kali. Terfikirlah aku satu cara, agak nanti aku tak dapat MIAT baru fikir lain. Kalau dapat MIAT without doubt aku akan pi sana la. Mengejar cita-cita sebagai Aircraft Engineer. Even MIAT tu macam jauh. Alah. Tak dak la jauh mana pun. Dalam Malaysia jugak kan.

Aku bukannya apa. Biasa la manja sikit. He he. Payah la nak pi jauh ni. Almaklum la aku ni mana pernah duk asrama. Paling lama aku keluar rumah pun sebab pi camp peringkat kebangsaan. Seminggu. Lahai. Boleh tahan seksa jugak la. Semalam aku ada sembang dengan adik aku yang umur 7 tahun. Sembang punya sembang, tetiba dia cakap 

"Nanti kalau kakak nak kawin, kena kawin dengan orang Kedah sahaja. Luaq Kedah tidak dibenarkan."

Aku tanya kenapa. Dia jawab nanti susah nak balik rumah. Aku gelak ja then cakap "Adeeb la tolong pilihkan." dengan slumbernya.

"Boleh ja. Kalau Adeeb, Adeeb nak ________."

Nganga ja aku. Memandai sungguh dia sebut nama tu. Saya tiada apa-apa kaitan dengan nama yang di tempat kosong itu. Hanya bahan ejekan di rumah dan di sekolah. Budak tu pun belum tentu kenai aku. Eh, tapi aku kan agak popular kat sekolah. Kenai la kut kan. *perasan ya amat. 

Tapi kalau tanya aku, aku suka sapa. Aku jawab jujur ja, Aku suka Kwang Min. Kenal??

Inilah Jo Kwang Min
Yang ni baru aku suka. Comel plus hensem.*angkat kening sebelah. Tak payah la nak gosipkan aku dengan senior2 atau sapa-sapa yang sama batch. Aku hanya suka Kwang Min sahaja.

Okay. Aku dah tau melalut sangat. Lari tajuk gila. Salah aku. Mohon diampunkan. Asif jiddan. Hanya untuk bahan gurau senda.



Monday, April 13, 2015

Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT)

ASSALAMUALAIKUM
HI AND HELLO

Setelah ditunggu-tunggu, waktunya kunjung tiba juga apabila beberapa permohonan aku untuk ke universiti dapat. Ye la kan. Result SPM aku tak gempak mana pun nak compare dengan orang lain. Tapi Alhamdulillah apa yang aku mintak dapat.

Setakat ni, hari tu aku dapat offer dari UNITEN. Aku ditawarkan untuk meneruskan pengajian dalam Foundation in Electrical and Electronic Engineering yang bertempat di Putrajaya. Tapi bukan benda tu yang aku nak bicarakan dalam entry kali ni. Kalau tengok kat post tittle tu maybe ada yang tau, and mungkin ada yang tak tau.

MIAT ni dia ada kaitan dengan kapal terbang, heli semua tu. Nama pun Institute of Aviation. Masa bulan March hari tu aku ada isi UniKL. Dia bagi tiga ruang, aku apply tiga course. So dapat la aku hari tu tawaran interview untuk course Diploma of Engineering Technology in Aeroplane Maintenance. Interview 20 April minggu depan dekat UniKL MIAT, Dengkil. Area Sepang tak salah aku. 

Aku takkan rasa rugi kalau dapat course ni even diploma sebab aku memang minat. Minat tu datang entah bila. Dulu aku minat bab-bab macam automotif. Since my mum ada sebut pasai aviation ni then aku buat research sikit, so jatuh cinta lah aku dengan aeroplane. Aku memang tekad nak jugak course ni. Time interview aku akan buat sehabis mungkin. Macam krik krik sikit la bila ada Puan tu cakap kalau nak masuk ni kena tough. Sebab course ni majority lelaki. Nisbah 10 lelaki 1 perempuan. Tapi akan aku usahakan juga sampai cita-cita aku tercapai. Ada rezeki aku kat UniKL MIAT, ada laa aku kat situ July nanti. InsyaAllah.

Yang aku tau bestnya UniKL ni, depa tawarkan diploma dengan licence. So kira untung la. Kalau nak apa apa info sila pergi SINI ya. Laman web rasmi UniKL MIAT.
Apa-apa pun doakan aku supaya nanti aku tak gugup. Harap semuanya okay.