Monday, April 13, 2015

Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT)

ASSALAMUALAIKUM
HI AND HELLO

Setelah ditunggu-tunggu, waktunya kunjung tiba juga apabila beberapa permohonan aku untuk ke universiti dapat. Ye la kan. Result SPM aku tak gempak mana pun nak compare dengan orang lain. Tapi Alhamdulillah apa yang aku mintak dapat.

Setakat ni, hari tu aku dapat offer dari UNITEN. Aku ditawarkan untuk meneruskan pengajian dalam Foundation in Electrical and Electronic Engineering yang bertempat di Putrajaya. Tapi bukan benda tu yang aku nak bicarakan dalam entry kali ni. Kalau tengok kat post tittle tu maybe ada yang tau, and mungkin ada yang tak tau.

MIAT ni dia ada kaitan dengan kapal terbang, heli semua tu. Nama pun Institute of Aviation. Masa bulan March hari tu aku ada isi UniKL. Dia bagi tiga ruang, aku apply tiga course. So dapat la aku hari tu tawaran interview untuk course Diploma of Engineering Technology in Aeroplane Maintenance. Interview 20 April minggu depan dekat UniKL MIAT, Dengkil. Area Sepang tak salah aku. 

Aku takkan rasa rugi kalau dapat course ni even diploma sebab aku memang minat. Minat tu datang entah bila. Dulu aku minat bab-bab macam automotif. Since my mum ada sebut pasai aviation ni then aku buat research sikit, so jatuh cinta lah aku dengan aeroplane. Aku memang tekad nak jugak course ni. Time interview aku akan buat sehabis mungkin. Macam krik krik sikit la bila ada Puan tu cakap kalau nak masuk ni kena tough. Sebab course ni majority lelaki. Nisbah 10 lelaki 1 perempuan. Tapi akan aku usahakan juga sampai cita-cita aku tercapai. Ada rezeki aku kat UniKL MIAT, ada laa aku kat situ July nanti. InsyaAllah.

Yang aku tau bestnya UniKL ni, depa tawarkan diploma dengan licence. So kira untung la. Kalau nak apa apa info sila pergi SINI ya. Laman web rasmi UniKL MIAT.
Apa-apa pun doakan aku supaya nanti aku tak gugup. Harap semuanya okay. 

2 comments:

  1. Saya mintak UniKL jugak tapi dekat RCMP hehe. Btw good luck! :))

    ReplyDelete