Tuesday, January 27, 2015

Bila Jari Mula 'Menari'

ASSALAMUALAIKUM
HI AND HELLO

Tajuk kemain yer. Metafora, hiperbola entah apa. Aku lupa. Lama gak kiranya aku dah tak sentuh yang namanya buku Bahasa Melayu. Dulu aku suka sangat baca prosa tradisional. Bahasa dia klasik. Even sometimes tak faham mesej atau cerita yang nak disampaikan tapi aku still layan ja. Enjoy apa dengan bahasa yang berbunga bunga itu. Contoh macam hikayat inderaputra, Hikayat Lang lang buan dan banyak lagi. Ermm.. aku lupa actually.

Ni satu lagi. Lupa. Payahnya nak buang sifat ni. Memang la perempuan dikurniakan sifat ni tapi aku belum laa lagi mengandung. Tengah study ada sifat ni payah gak. Segala notes tak da laa lupa cuma benda yang aku selalu lupa buku nota letak mana, pensel aku simpan mana. Haqu blue oii.

So aku ada la search internet petua nak elak lupa. Sesuai la untuk orang yang macam aku ni haa..
  • Kurangkan makan bawang besar
  • Kurangkan makan berempah
  • Kurangkan makan ketumbar kering
  • Kurangkan menonton hiburan
  • Kurangkan membaca majalah hiburan
  • Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
  • Kurangkan minuman air sejuk, minuman dalam tin
  • Kurangkan makan organ dalaman ayam
  • Jangan makan kepala ikan
  • Jangan minum air yang ada semut
  • Jangan tidur selepas subuh
  • Jangan tidur selepas asar
  • Jangan tidur selepas makan
  • Jangan makan terlalu kenyang
  • Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
  • Jangan menyapu rumah pada waktu malam
  • Jangan makan yang masam-masam berlebihan
  • Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
  • Jangan minum susu selepas memakan daging atau ayam
Hmm...memandangkan sekarang ni aku tengah menunggu result SPM yang entah nya macam mana tuu boleh la aku aku elakkan benda-benda tu. 

Plan utuk cuti ni masih belum ada. Aku pun tak tau nak buat apa. Hajatnya nak buat bisnes shawl tapi kain pun belum beli lagi. Gimana tu. Kalau bisnes menjadi ada gak la duit cuti-cuti ni kan. Seriously, mentang-mentang cuti aku pun dah jatuh miskin memandangkan elaun sekolah aku sudah tidak ada. Sebab tu laa aku ingat nak cuba try test plan aku dengan kawan aku ni. Kan 9 per 10 rezeki adalah dari perniagaan. Sunnah tu. 

Aku ada jugak laa ura-ura tulis cerpen. Tulis dua tiga lepas tu malas dah. Tapi ingat nak sambung balik. Time bosan-bosan baca cerpen sendiri best gak. Pandai aku buat. Haha. Puji diri sendiri woo. Sapa lagi nak puji kalau aku tak puji diri sendiri tak gitu. Aku dok aim nak main bowling ja nanti time out dengan geng aku tapi kenan dapat kelulusan dari orang atasan dulu ma. Maca boleh aci main redah ja. Aku ni anak yang baik dan bertamadun. Haha. Nak muntah sila muntah sekarang.

Actually, sebenar-benarnya aku bosan. Selepas mengedit blog, mendengar lagu, membuat entry baru dan merapu aku dah tak tau nak buat apa lagi dah. *stop sejenak dan berfikir*. Oh..i know. Nak layan Penulisan2u la.. 

P/s  :  credit : Tips Untuk tidak Mudah Lupa


2 comments: